RSS

Rebet RM200 Handphone | Pakej Komunikasi Belia - Satu Perbandingan

Assalamualaikum u alls...

Dah lama juga aku tak update blog ni, sibuk memanjang sampai aku terlupa sampaikan status Nuffnang aku Non Glitterati :-( sedih betul. Tu salah satu sebab aku nak update blog ni balik. 

Ok... memandangkan kerajaan mengumumkan rebet RM200 bagi pembelian handphone kepada golongan muda dan terdapat pelbagai tawaran daripada pihak telco, maka aku bercadang untuk membuat perbandingan supaya kita sebagai pengguna mendapat 'benefit' yang lebih baik! Jadi entry kali ini sedikit panjanglah yer.. hope u all baca sampai habis..


Aku mulakan dengan 'siapa yang layak' dapat rebet RM200 nih :

  • Rakyat Malaysia berumur 21-30 tahun sahaja.
  • Gaji kasar tidak lebih RM3,000 sebulan.
  • Terhad kepada 1.5 juta orang sahaja.
  • Untuk daftar, korang boleh terus ke https://komunikasibelia.skmm.gov.my (kadang-kadang slow sebab traffik tinggi)

Pihak yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan Pakej Komunikasi Belia ini ialah Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, TuneTalk, Yes dan Clixster (syarikat ni aku tak pernah dengar plak..)


CELCOM
Menawarkan handphone Galaxy Y pada harga serendah RM8 tetapi DIMESTIKAN mengambil pakej Postpaid serendah RM78/sebulan dengan kontrak selama 12-18 bulan. Boleh rujuk kat sini PKB Celcom.

MAXIS
Telco ini juga menawarkan handphone Galaxy Y pada harga RM169 (setelah ditolak rebet). Untuk layak mendapat handphone tersebut, bagi pengguna Hotlink (prepaid) mereka hanya perlu melanggan data internet untuk tempoh seminggu bernilai RM8 manakala bagi yang bukan pengguna Maxis/Hotlink, mereka disyaratkan untuk membeli Sim Pack Hotlink dan Topup RM10 seterusnya melanggan data internet tersebut ATAU melanggan pelan Postpaid sahaja. Sila rujuk PKB Maxis disini.

DIGI
Telco ini menawarkan 2 jenis 'Offer' iaitu Offer 1 : Digi Postpaid (Handphone Galaxy Note 2-RM1,199 dan Galaxy S3-RM899) dengan pelan Postpaid RM88/sebulan. Offer 2 : Digi Prepaid (Galaxy Y-RM169 dan HTC One X-RM1,549) dan percuma nilai topup RM10 dimestikan melanggan data internet RM15 untuk seminggu. Walaubagaimanapun 4 jenis handphone diatas adalah yang terlaris dan masih terdapat beberapa jenis handphone lain yang boleh diperolehi di Store DiGi. Sila layari PKB DiGi disini.

U MOBILE
Sehingga setakat ini, U Mobile menawarkan 13 jenis handphone dengan diberikan secara percuma U Mobile Prepaid Starter Pack dan langganan UMI28 (30 sms, 100 minit panggilan dan 500mb unlimited data). Maklumat lanjut sila lihat PKB U Mobile disini.

TUNE TALK
Telco ini pula menawarkan 6 jenis model handphone dan DIMESTIKAN melanggan pelan Postpaid RM20/sebulan. Sila rujuk PKB Tune Talk disini.

YESS
Menawarkan handphone Yess Buzz 4G Cloud Phone + Yess ID + Valuepack RM25 (Prepaid). Telco ini menyatakan bahawa terdapat subsidi juga diberikan oleh mereka, maka anda akan mendapat pakej ini secara PERCUMA! Rujuk PKB Yess disini.

CLIXSTER
Aku tak pasti sama ada syarikat ini telco atau tidak, jadi aku tak nak komen apa-apa mengenai tawaran yang diberikan. Apa pun korang boleh tengok PKB Clixster yang ditawarkan oleh mereka.

Jadi, berdasarkan penilaian dan pandangan aku yang tidak seberapa ini dan jika golongan sasarannya adalah golongan muda (21-30 tahun), maka aku menyenaraikan mengikut pakej yang terbaik sehingga yang 'kureng' baik seperti dibawah :

  1. U Mobile
  2. Maxis
  3. DiGi
  4. Yess
  5. Clixster
  6. Tune Talk
  7. Celcom

Aku letak DiGI No.3 sebab ada 'option' Prepaid (RM10) berbanding Yess (RM25). Clixster pula No.5 berbanding Celcom kerana Clixster menawarkan Prepaid berbanding Celcom yang hanya menawarkan Postpaid. Tune Talk pula hanya Postpaid. Jadi, harap-harap korang dah faham dan buatlah penilaian serta kajian terlebih dahulu sebelum nak serbu syarikat-syarikat telco nih.. 

See ya..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

24 comments:

kiki said...

postpaid tunetalk tu sebulan jeke?
xde kontrak?

fazdlie said...

Takde contract, tapi lecehlah kalau dah langgan postpaid, sebulan lepas tu nak tamatkan langganan.. apa pun terpulang..

kiki said...

ouh cmtu rupenye..cmne nk tamatkn langganan postpaid?just pergi centre or ade method lain?

fazdlie said...

Yup.. kena pergi center untuk tamatkan langganan postpaid tu.. x de cara lain.. itu yang leceh sebenarnya.. kalau rajin tak pelah... :-D

kiki said...

ouh faham da..thanks..nice entry..sedikit sebanyak da mmbntu mmbuat pilihan :)

Mr Dlie said...

Terima kasih... mudah2an blog ni dapat membantu..

Muhammad Aidil Hussin said...

tumpang tanya....

U MOBILE
Sehingga setakat ini, U Mobile menawarkan 13 jenis handphone dengan diberikan secara percuma U Mobile Prepaid Starter Pack dan langganan UMI28 (30 sms, 100 minit panggilan dan 500mb unlimited data). Maklumat lanjut sila lihat PKB U Mobile disini.

yang ni kira kalau da habis sebulan kalau x topup rm28 tu kira x boleh call n sms la kan? sekadar bertanya...

Mr Dlie said...

Muhammad Aidil Hussin >
Bila dah habis, still boleh call dan sms tetapi tak dapat la rate macam UM28 tu.. dapat rate standard..

arintom said...

untuk maxis pulak camne? saya pakai maxis sekarang.. klu tengok dekat http://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/
ade 6 model bleh pakai untuk prepaid plan..

bagi pengguna Hotlink (prepaid) mereka hanya perlu melanggan data internet untuk tempoh seminggu bernilai RM8

ni lepas langgan seminggu, boleh gune macam biase je ke tanpa langgan internet? atau ade contract jugak?

Anonymous said...

salam..maaf bertanya, y maxis 2,langgan utk seminggu je la, lepas 2, xde dh, cm2 ke? huhu

Mr Dlie said...

arintom >
Anonymous >
Ye.. lepas seminggu, kalau tak nak langgan internet pun takpe.. cuma unsubcribe jerlah balik lepas seminggu nanti atau lepas habis bandwith.

dayang syakilah said...

assalamualaikum akak fazmas, , nak tnya borg rebat tu cuma ada borg tuk pelejar n pekerja saja, , so tuk saya yg jobless ni kak cam mna pla critenya, ,saya confius la kak, ,dah dftar pun br1m tu, , aiyoo, , cam mna ni kak, , tak tahu saya, ,reply me ok ye kak di my email (edank.purplequinn@yahoo.com)ok t q kak fazmas, ,i'll wait 4 u rep, ,

Mr Dlie said...

Dayang > 1st, saya bukan perempuan, saya lelaki.. fazmas tu singkatan daripada nama saya dan wife saya.

2nd > Saya rasa boleh isi di borang pekerja, diruangan pekerja pilih jobless 'kot'. Tak pun, try hubungi SKMM terus di : https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/contact.html

dayang syakilah said...

ohh okk, , ,uppss sorry sir, , ,i think mas is a girl, ,i am really sorry sir . .well thanks infonya ya , ,sorry sir faz, , heheh, ,assalamualaikum bye, ,salam 1malaysia, ,

Miss Adilla (: said...

Salam, tumpang tanya. Jadi maksudnya kalau kita beli kita wajib langgan selama sebulan/seminggu jelah ye? Yang lepas tu kita boleh buat suka hati?

Mr Dlie said...

Miss Adilla >
Yer.. betul tu, mengikut terms diaoranglah.. tapi kadang2 tu bila sampai kat telco mana-mana, ada yang kata tu tak boleh lah, kena buat macam ni lah... pendek kata, banyak 'kencing'nya..

So, kena layari web diorang, baca betul2.. kalau boleh print then bawak ke telco diorang supaya tak kena tipu..

Anonymous said...

thanks for the info..tapi nak tanya siki..permohonan ne ada due date ke??

Anonymous said...

lagi saya nak tanya..saya dah ada beli pekej jalur lebar ne..cuma bkn atas nama saya la...ble saya guna y tu je?

Anonymous said...

salam, nk tumpang tanya, if kite berminat dgn fon yg umobile tawarkan.. tp sy hotlink user.. kte boleh je tukar after beli kan

Unknown said...

macam mne nk klu kita nk print semula surat yg kite daftar tu???aritu dh print...pastu xingat letak kat mana...hehehehe

Anonymous said...

salam.. nk tnye.. if kita beli handphone dr celcom then kene pkai simcard celcom jugak ke??? bolay x nak tukar kepasa maxis or others???

Unknown said...

How to register online

NAD said...

Hi, baru masuk umo 21 last dec, 30. Skg site tu dah tak boleh, skim tu dah habis ke? :(

Am said...

salam..nak cari sejarah perkembangan handphone, keluar blog ni, menarik juga entry ni wlaupun dah lama.. Dulu layak dapat rebet ni, tapi tak ambil pun..huhu..apa apa pun info cukup mantap dalam entry ni. Good Job bro

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...