RSS

Nasi Lemak Kapar | Restoran NLK Bistro

Assalamualaikum u all's..

Baru-baru ini pada hari Sabtu lepas, aku dan keluarga aku telah singgah di Restoran NLK Bistro Nasi Lemak Kapar ketika dalam perjalanan pulang dari kampung. Pada masa itu, jam menunjukkan kira-kira 8.45 malam.

Restoran ini betul-betul terletak di pekan Kapar berdepan dengan stesen minyak Shell. Senang je nak cari restoran ni sebab di betul-betul tepi jalan. Kalau korang nampak Shell, pandang seberang jalan confirm nampak Restoran NLK Bistro Nasi Lemak Kapar.

Restoran NLK Bistro Nasi Lemak Kapar
Restoran NLK Bistro Nasi Lemak Kapar


Apa istimewanya restoran ini??

Restoran ni diusahakan oleh pengusaha Melayu dan pekerjanya majoriti juga Melayu berbanding sesetengah restoran Melayu yang pekerjanya ramai warga asing. So, aku kira pengusaha restoran ini mementingkan tenaga warga tempatan berbanding warga asing.

Masuk je ke dalam restoran ini, korang akan rasa sedikit klasik sekaligus akan membawa kita kepada zaman-zaman 80an dan 90an sebabnya korang tengok gambar kat bawah ni....


Agak klasik kan?? Setiap meja mesti ada lebih kurang 5-6 botol air diatas (kecuali air sirap yer sebab yang tu kena order.. :-p). Teringat masa aku kecik-kecik, datuk aku bawak pergi minum petang kat pekan Sungai Air Tawar. Time tu, semua kedai makan ada menjual botol air ini.

Kalau tengok gambar kat atas tu, ada macam-macam antaranya Sarsi, Soda, Oren dan lain-lain lagi. Sebotol harganya RM2.50 termasuk ais batu sebab minum kat situ. (mahal sikit tapi produk Malaysia, diimport daripada Kelantan)

"Favorite food" di restoran ini ialah Nasi Lemak Kapar. Memang popular sangat-sangat. Malangnya, disebabkan aku sampai di restoran tersebut pada waktu malam, maka aku taklah 'order' Nasi Lemak sebab takut mengantuk kerana aku perlu meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi yang aku tuju.

Jadi, dek kerana dah lapar sangat aku 'order' je Nasi Gorang USA, harganya RM5.80, kiranya masih lagi dalam  standard pricelah.. Tak murah dan tak mahal.


Rasanya memang sedap dan berbaloi aku makan kat situ. Macam-macam menu ada kat restoran ni daripada nasi, mee, sup-sup dan pelbagai lagi aneka makanan. 

So, kalau korang lalu pekan Kapar singgah-singgahlah ke Restoran NLK Bistro Nasi Lemak Kapar ni. Confirm korang tak akan menyesal makan kat sini.

See ya!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

hazman aka species1980 said...

owwhh... air botol tu asal dari kelantan rupanya... tapi Nasi goreng USA tu menarik telur matanya...

FazMas said...

Yer bro.. memang sedap bro!

WanDin said...

Lapar pulak tengok gambar nasi goreng tu... :)

FazMas said...

apa lagi bro.. Kasi serbu la kedai makan tu.. Huhuhu..

titan said...

pehh..air yang lama tak jumpa..

Bobby Behos said...

uihh .. restoran melayu jual nasi goreng usa... fulamak!! kelas ...

phreak-id said...

Air botol tu yang menarik tu. Lama dah tak jumpa. Anyway nice review. :)


Terbaru >Video Klip Spider - Tapi Bagaimana VS Filem Pendek - Sign >KFC Snax Fest Media Launch >My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

Cho Zila said...

sedaptu.. kedai klasikni memang mengimbau kenangan tu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...