RSS
Showing posts with label Telco Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Telco Malaysia. Show all posts

Voice Plans | Promosi Terbaru Dari U Mobile!

Assalamualaikum...

Baru-baru ini, awal bulan September 2014, U Mobile telah memperkenalkan pelan panggilan terbaru kepada penggunanya. 

Jika sebelum ini, kadar panggilan U Mobile ialah pada kadar RM0.10/30saat (dalam erti kata lain RM0.20/minit). Tetapi pada kali ini, sebagai pengguna U Mobile, anda boleh memilih untuk melanggan pelan panggilan secara 'bundle' serendah RM20.


Penjimatan yang diperolehi sangat berbaloi kerana pengguna U Mobile menikmati kadar panggilan RM0.08/minit untuk ke semua rangkaian! Berbaloi kan? Boleh dikatakan murah juga.

Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web rasmi U Mobile disini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA | U Mobile Prepaid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Korang nak Samsung Galaxy Y dan Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA tak?? A'aah... ni ada offer terbaik untuk korang. 

Tapi sebelum tu, kita tengok dulu rekabentuk Samsung Galaxy Y dengan Samsung Galaxy Note 2 nih..

Samsung Galaxy Y
Samsung Galaxy Y. Rujuk spesifikasi disini.

Samsung Galaxy Note 2
Samsung Galaxy Note 2. Rujuk spesifikasi disini.


Ok, macam mana korang nak dapatkan smartphone kat atas ni secara PERCUMA?? Berita baik untuk pengguna U Mobile Prepaid kerana anda boleh dapatkan smartphone tersebut dengan menyertai peraduan "Top Up & Win Mobile". Kalau korang perasan, Nuffnang turut mengiklankan peraduan ni melalui iklan di bloger-bloger yang meletakkan iklan Nuffnang ni. Berikut adalah antara maklumat dan syarat pertandingan :


  • Tempoh peraduan : 16 Disember 2012 - 15 Mac 2013 (3 bulan)
  • Setiap bulan seramai 5 pemenang utama akan memenangi Samsung Galaxy Note 2 dan 10 pemenang seterusnya menerima Samsung Galaxy Y. (45 smartphone sepanjang tempoh peraduan).
  • Minima Top Up RM30 untuk layak menyertai peraduan.
  • Pemenang dikira siapa yang paling banyak Top Up dalam sebulan.
  • Top Up mestilah dibeli secara "online" daripada bank/syarikat yang mengambil bahagian.

So, kalau korang bukan pengguna U Mobile, ini adalah masa terbaik untuk korang menjadi pelanggan U Mobile Prepaid. Bukan nak promote tetapi aku sendiri adalah pengguna Postpaid dan Prepaid syarikat U Mobile dek kerana tertarik dengan kadar "data internet"nya yang lebih murah berbanding telco lain.

Memang awesome walaupun ketika ini tidak semua tempat mempunyai coverage 3G U Mobile. Tapi kalau korang menetap di lembah Klang, dijamin (InsyaAllah) ada coverage 3G U Mobile.

Aku berminat nak join peraduan ni. Tak rugi pun sebab kita masih ada lagi kredit Top Up yang boleh digunakan untuk call, sms, data internet dan sebagainya.

"Untuk layak menyertai peraduan ini, korang mestilah Top Up ke no.hp korang. Kalau beli Top Up tapi tak Top Up dalam no.hp korang, masih belum dikira layak untuk menyertai peraduan."

Para pemenang akan dihubungi melalui telefon dan disiarkan namanya di dalam website rasmi U Mobile. Jika korang menang, hadiah akan diberikan pada bulan berikutnya di Berjaya Times Square U Mobile Flagship Store.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website U Mobile terus.

p/s : Siapa nak bagi smartphone free??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...