RSS

Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA | U Mobile Prepaid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Korang nak Samsung Galaxy Y dan Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA tak?? A'aah... ni ada offer terbaik untuk korang. 

Tapi sebelum tu, kita tengok dulu rekabentuk Samsung Galaxy Y dengan Samsung Galaxy Note 2 nih..

Samsung Galaxy Y
Samsung Galaxy Y. Rujuk spesifikasi disini.

Samsung Galaxy Note 2
Samsung Galaxy Note 2. Rujuk spesifikasi disini.


Ok, macam mana korang nak dapatkan smartphone kat atas ni secara PERCUMA?? Berita baik untuk pengguna U Mobile Prepaid kerana anda boleh dapatkan smartphone tersebut dengan menyertai peraduan "Top Up & Win Mobile". Kalau korang perasan, Nuffnang turut mengiklankan peraduan ni melalui iklan di bloger-bloger yang meletakkan iklan Nuffnang ni. Berikut adalah antara maklumat dan syarat pertandingan :


  • Tempoh peraduan : 16 Disember 2012 - 15 Mac 2013 (3 bulan)
  • Setiap bulan seramai 5 pemenang utama akan memenangi Samsung Galaxy Note 2 dan 10 pemenang seterusnya menerima Samsung Galaxy Y. (45 smartphone sepanjang tempoh peraduan).
  • Minima Top Up RM30 untuk layak menyertai peraduan.
  • Pemenang dikira siapa yang paling banyak Top Up dalam sebulan.
  • Top Up mestilah dibeli secara "online" daripada bank/syarikat yang mengambil bahagian.

So, kalau korang bukan pengguna U Mobile, ini adalah masa terbaik untuk korang menjadi pelanggan U Mobile Prepaid. Bukan nak promote tetapi aku sendiri adalah pengguna Postpaid dan Prepaid syarikat U Mobile dek kerana tertarik dengan kadar "data internet"nya yang lebih murah berbanding telco lain.

Memang awesome walaupun ketika ini tidak semua tempat mempunyai coverage 3G U Mobile. Tapi kalau korang menetap di lembah Klang, dijamin (InsyaAllah) ada coverage 3G U Mobile.

Aku berminat nak join peraduan ni. Tak rugi pun sebab kita masih ada lagi kredit Top Up yang boleh digunakan untuk call, sms, data internet dan sebagainya.

"Untuk layak menyertai peraduan ini, korang mestilah Top Up ke no.hp korang. Kalau beli Top Up tapi tak Top Up dalam no.hp korang, masih belum dikira layak untuk menyertai peraduan."

Para pemenang akan dihubungi melalui telefon dan disiarkan namanya di dalam website rasmi U Mobile. Jika korang menang, hadiah akan diberikan pada bulan berikutnya di Berjaya Times Square U Mobile Flagship Store.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website U Mobile terus.

p/s : Siapa nak bagi smartphone free??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

mama tisya said...

adiah menarik tp kalo based on saper byk topup tiap2 bln letih gk..hhehe


**contest byk kt facebook...aka join yg mana sempat je la..ada rezeki bole menang

Tihara said...

Best jugak eks..untung2 bleh menang:)

FazMas said...

mama tisya >
Memang letih tapi kalau target nak Slaxy Note 2, just topup RM1,000 ke misalnya masih untung lagi sebab topup kita guna, note 2 pun dapat jauh lebh murah dari harga asal sebab modal Rm1,000 je. hehehe

Nick Nashram said...

bestnye kalo dapat samsung galaxy note 2..huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...