RSS

Tips dan Panduan Jalan-Jalan ke i-City Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera u alls..

Hari ini aku happy sangat sebab status Glitterati aku telah dipulangkan kembali.. yes!! Tak sempat aku nak tanya (emel) kat Nuffnang, rujuk post aku yang lepas dimana status Glitterati aku telah ditarik balik. Alhamdulillah! Thanks Nuffnang... 

Ok.. berbalik pada tajuk post aku hari ni, baru-baru ni pada hari Sabtu lepas aku bawa isteri dan anak aku ke i-City Shah Alam. Saje nak jalan-jalan sebab last aku datang ke sini hujung tahun 2011. 2 tahun jugaklah aku tak ke sini walaupun jarak dari rumah mak aku dan i-City Shah Alam cuma kira-kira 4-5km je huhuhu....

Kami bertolak lepas maghrib dari rumah mak aku ke i-City Shah Alam melalui Seksyen 7. Cadangnya nak ikut laluan berdekatan dengan Pusat Komersil Seksyen 7 (yang ada GULATIS tu..) tapi aku terus ke laluan belakang (lalu kilang-kilang).

Untuk makluman u alls, jalan belakang ni sedang dalam pembinaan semula untuk memberi laluan kepada pembinaan susur keluar (flyover) dari Federal Highway ke i-City Shah Alam. Kiranya siap je flyover di laluan belakang ini akan jadi laluan utama pada masa depan. Lebih cepat dan lebih mudah ke i-City Shah Alam!

Masuk je kawasan i-City Shah Alam ni, korang kena ambil tiket parking dulu di laluan masuk. Lepas tu parkinglah ditempat yang disediakan. Jika tak de 'event' apa-apa korang akan dapat parking dalam bangunan bertingkat. Kalau ada 'even't, sure korang terpaksa parking kat tepi jalan.

Banyak yang dah berubah sejak kali terakhir (2 tahun lepas) kami datang ke sini. Lebih banyak entertainment/games disediakan (of course semua entertainment/games kena bayar!).

Mula-mula kami berjalan-jalan je di sekitar i-City Shah Alam. Bergambar disebalik pokok-pokok berlampu dan patung haiwan, tengok-tengok games yang ada dan makan di Restauran Mamak (apa ntah namanya). Di i-City Shah Alam ni pilihan untuk restauran tak banyak sangat tapi adalah sekadar untuk mengisi perut. So, sebelum korang datang ke sini, makanlah siap-siap dulu ye.

Antara gambar-gambar di i-City Shah Alam :

i-City Shah Alam

i-City Shah Alam

i-City Shah Alam
Masa ni ramai yang beratur nak naik benda berpusing ni, tapi dia pusing perlahan je, itu pun nak ambil customer. Sorang satu (1) round. Harga tiket aku tak ingat berapa.

i-City Shah Alam


Selain itu, kaunter-kaunter tiket juga banyak disediakan di kawasan-kawasan tertentu bagi memudahkan pengunjung membeli tiket untuk games/entertainment yang korang nak. Tiket yang diberikan adalah berbentuk kad (macam Touch n Go). So, aku ada sedikit tips untuk korang pasal tiket ni :

  • Sebelum korang beli tiket (kad), make sure korang kena tahu apa games/entertainment yang korang nak sama ada nak karoke ke, memanah ke, masuk Snow Walk ke atau apa-apa je games/entertainment yang kena bayar. Satu tiket (kad) boleh digunakan untuk beberapa orang atau 1 group dan boleh untuk beberapa games/entertainment.

  • Setiap tiket (kad) dikenakan deposit RM5 yang akan dipulangkan semula bila korang pulangkan kad tu balik.

  • Contoh nak guna kad tu kalau korang nak masuk Snow Walk (RM35/orang) dan group korang ada 5 orang, maka korang perlu topup kad tu sebanyak RM175 + RM5 (deposit) = RM180. Faham kan??

  • Rancang dulu korang nak games/entertainment apa sebelum beli tiket. Nanti taklah asyik nak topup je sebab nak beratur panjang jugak tu..

Harap tips yang aku bagi ni dapat membantu korang nanti.

Seterusnya, kami sempat jugaklah masuk ke dalam The Art Museum. Ni lah gambar dalam The Art Museum yang sempat aku ambil. Tiket untuk masuk ke The Art Museum ni RM5/orang.

i-City Shah Alam

i-City Shah Alam

i-City Shah Alam

Banyak lagi gambar-gambar lain tapi ni je yang dapat aku masukkan dalam blog.

Sebelum balik, aku lepaskan gian aku main games di kiosk Stars Archery (merupakan games terbaru di i-City Shah Alam). Minimum RM10/orang/12 panah. Disebabkan aku tak pernah main games ni, so aku minta la staff diorang ajar. Seronok tak terkata dan hati aku puas sangat-sangat!! (jakun).

i-City Shah Alam
Jadilah walaupun cuma 12 kali memanah.. lenguh tau pegang busur tu.

Dalam pukul 11.00 malam kami pun balik. Lebih kurang 3 jam kitaorang kat situ. Make sure sebelum korang balik, bayar parking dulu di mesin parking. Kalau tak nanti beratur panjanglah masa nak drive keluar. Caj parking sekali masuk RM10 selepas jam 6.00pm.

Hopefully, korang enjoy kalau datang ke i-City Shah Alam ni... dah macam Genting Highland aku tengok! Ha Ha..

p/s : Sorry gambar tak berapa cantik sebab adik aku yang snap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

mama tisya said...

icity skarang dh mcm2 ada...tk smp2 lg..bila ntah nk pegi..hehe...parking after 6pm rm 10 kalo before 6pm brp chargenye?

zool said...

Dulu penah ke icity tapi masa tu belum hebat camni.. tapi dengor banyak negatif pasal icity ni terutama tang bayaran ..betul ke?

fazdlie said...

mama tisya >
before pukul 6pm tak pastilah berapa tapi ada rate dia macam caj parking yang sejam RM2 tu. Tapi kalau keluar malam so caj nya sama gaklah RM10.

zool >
betul.. kebanyakkan benda semuanya berbayar. Ada kadar bayaran yang ok, ada yang tak ok. Tapi bagi saya yan agak tidak munasabah ialah Snow Walk dan Water World tu.. mahal sangat!

KiD said...

ahhaaaa... dah lama gak tak pegi.. dulu dah dua kali pergi.. :)

FazMas said...

Kalau pergi lagi lepas ni target Stars Achery je lah jawabnye..

Nick Nashram said...

belum smpai lagi i-city ni.
cam best je..
setakat tgk lampu kelip2 kat taman ade r..huhu

FazMas said...

Nick Nashram > Best gak lah kalau setakat nak jalan2 if malas nak pergi genting... sesuai dengan family sebab budak2 suka..

Sheera Aya said...

aya suka pergi i-city. paling suka bila ada screen besar yg boleh tgk movie tu. tp jarang ada. aya penah pergi 5 kali, tp sekali je aya berpeluang tgk movie kat screen tu. tp i-city setiap kali pergi mesti ada benda baru. sangat cepat dia membangun.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...