RSS

Buffet RM9.80 | Makan Sampai Lebam @ Cafe RISDA Shah Alam

Assalamualaikum u alls..

Sepatutnya hari Isnin lepas aku nak posting artikel terbaru tapi tak sempat sebab sibuk dengan kerja dan kelas (aku sedang sambung study kat UiTM Shah Alam..). Baru malam ni aku berkesempatan nak berkongsi dengan korang.

Pada hari Isnin lepas, aku lunch dengan kawan-kawan kat Cafe RISDA Shah Alam. Sebelum ni memang aku selalu datang ke sini sebab tertarik dengan harga buffet yang ditawarkan untuk 'lunch' cuma RM9.80 jer!! Murah kan?? Memang murah giler beb, mana nak dapat buffet harga macam ni kat tengah-tengah bandar Shah Alam.

Buffet murah RISDA Shah Alam
Buffet RM9.80 jer!

Tahun lepas harganya RM8.80, tahun ni 2013 dah naik RM1 tapi bagi aku masih lagi murah dan sesuai dengan menu yang dihidangkan.

Buffet murah RISDA Shah Alam
4 jenis lauk dihidangkan.

Buffet murah RISDA Shah Alam
4 jenis sayur....

Buffet murah RISDA Shah Alam
Lauk-lauk tambahan

Pada hari tu, seperti yang korang tengok gambar kat atas, terdapat 4 jenis lauk dan 4 jenis sayur. Kemudian ada lauk-lauk tambahan macam tempe goreng, telur dadar, kerabu, ulam-ulaman, ikan sembilang, telur masin dan pelbagai lagi.

Buffet murah RISDA Shah Alam
1st round..

Untuk first round, aku makan nasi putih, sayur, ayam goreng berempah 2 ketul, daging masak kari, tempe goreng, telur dadar dan ulam. Kuih-muih ada juga disediakan antara 3-5 jenis dan buah-buahan seperti tembikai (menu wajib). 

Buffet murah RISDA Shah Alam
Kuih-muih dan buah-buahan.

Buffet murah RISDA Shah Alam
Pernah makan biskut ni? Biskut ni memang disediakan secara PERCUMA jer!

Buffet murah RISDA Shah Alam
Suasana dan keadaan Cafe RISDA Shah Alam

Buffet murah RISDA Shah Alam
2nd round, belasah makaroni plak.. tapi sikit je.. huhuhu..

Buffet murah RISDA Shah Alam
3rd round makan kuih dengan buah,

Oklah kan walaupun menunya taklah banyak tapi sangat-sangat berbaloi dengan nilai wang yang korang belanjakan berbanding kalau makan kat kedai mamak yang confirm lagi MAHAL!

Untuk pengetahuan u alls, menu berubah setiap hari jadi sukar nak agak menu utama untuk hari tersebut. Kalau korang bernasib baik, akan dapat lauk lala masak lemak cilik api (aku bernasib baik). Ada sekali tu isi ketam masak lemak. Menu utama untuk hari Isnin hari tu ialah ayam goreng berempah.

Selain air kosong, 2 jenis air manis turut disediakan. Time aku pergi tu air sirap dan air asam kedondong (tak silap akulah). Bubur pun ada juga tapi time tu aku tak makan bubur sebab dah kenyang. Masa musim durian tempoh hari, ada disediakan bubur kacang hijau campur durian... SEDAP SANGAT!!

Aku syorkan korang datang makan kat sini. Tapi pakej buffet ni untuk hari Isnin - Jumaat je dari pukul 12pm - 3pm. Tapi sebelum korang datang, make sure perut tu kosong yer.. :-D

Cafe RISDA Shah Alam ni terletak di Seksyen 9, Shah Alam berdepan dengan stesyen minyak SHELL. Kalau korang jumpa atau tahu Hotel Concorde Shah Alam, korang pasti akan nampak SHELL so secara automatiknya akan nampaklah bangunan RISDA.

Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

sohoque said...

wah.. tak tau pulak aku kat sini ada buffet camtu.. mesti cuba lps ni!!!

Mr Dlie said...

Sebenarnya dah lama ada bro.. cuma orang x perasaan sebab dia kat dalam bangunan pejabat.. tapi memang terbaik la kalau nak jumpe client kat sini sebab suasana tenang dan harga buffet murah.. tak takutlah kalau nak belanja client makan.. :D

Tie HT said...

bagi saya la kan, ini sangat2 berbaloi2.. :)

Mr Dlie said...

Tihara >
Samalah kita.. memang berbaloi.. :D

bebeldotsorang said...

wah murah dan menarik :)

Rosmarieza said...

wah! confirm ramai dtg serbu ni kannnn? :)

Anonymous said...

mari datang..

cindyrina said...

berbaloi harganye!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...