RSS

Sepupuku Meninggal Dunia | Penyakit Leukemia

Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu lepas, aku sempat pulang ke kampung kerana menziarahi sepupuku yang telah kembali ke Rahmatullah akibat penyakit yang dihidapinya sejak 2 bulan yang lepas iaitu leukemia.

Sedih sangat sebab umur dia baru je mencecah 25 tahun, tetapi Allah lebih menyanyanginya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan ahli syurga. Al-Fatihah....

Arwah merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Apa yang menyedihkan, arwah hanya mengetahui yang beliau menghidapi leukemia kira-kira 2 bulan yang lepas ketika majlis perkahwinan kakaknya. Tambah mengejutkan lagi penyakit yang dihidapinya itu telah pun berada di 'stage 3'.


Sukar untuk aku jelaskan penyakit leukemia ini, tetapi secara asasnya sel darah putih ini lebih banyak daripada sel darah merah di dalam badan pesakit. Untuk lebih lanjut, adalah lebih baik korang baca di blog SharHanah.

p.s : Maut tidak kira muda atau tua, dewasa atau kanak-kanak.. apabila ajal telah pun sampai, maka Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Nurul Akmal said...

Al-fatihah..

FazMas said...

Moga Allah mencucuri rohnya.. Amin!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...