Nasi Lemak Kapar | Restoran NLK Bistro
Sepupuku Meninggal Dunia | Penyakit Leukemia
Assalamualaikum semua...
Pada hari Sabtu lepas, aku sempat pulang ke kampung kerana menziarahi sepupuku yang telah kembali ke Rahmatullah akibat penyakit yang dihidapinya sejak 2 bulan yang lepas iaitu leukemia.
Sedih sangat sebab umur dia baru je mencecah 25 tahun, tetapi Allah lebih menyanyanginya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan ahli syurga. Al-Fatihah....
Arwah merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Apa yang menyedihkan, arwah hanya mengetahui yang beliau menghidapi leukemia kira-kira 2 bulan yang lepas ketika majlis perkahwinan kakaknya. Tambah mengejutkan lagi penyakit yang dihidapinya itu telah pun berada di 'stage 3'.
Sukar untuk aku jelaskan penyakit leukemia ini, tetapi secara asasnya sel darah putih ini lebih banyak daripada sel darah merah di dalam badan pesakit. Untuk lebih lanjut, adalah lebih baik korang baca di blog SharHanah.
p.s : Maut tidak kira muda atau tua, dewasa atau kanak-kanak.. apabila ajal telah pun sampai, maka Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa.
Menarik di Putrajaya | Pasar Malam Presint 2
Assalamualaikum u alls...
Semalam sesampai aku di rumah dari tempat kerja, my wife ajak aku 'shopping' kat Pasar Malam Presint 2. Aku pun setuju jer lah sebab dah lama juga kami tak ke pasar malam. :-D
Kalau u all's nak tau, pasar malam kat Putrajaya ni cuma di Presint 2 jer (setahu akulah sejak 2 tahun lebih aku menetap kat sini). Dua (2) kali seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat.
Apa yang best di Pasar Malam Presint 2, Putrajaya nih??
Sebenarnya takde beza pun dengan pasar malam di tempat-tempat lain, cuma kat sini lebih tertumpu kepada makanan dan barang basah. Pakaian, lain-lain barang tu ada juga tapi tak lah banyak.
Kalau u all's nak tau, penduduk di Putrajaya ni suka beli barang basah macam ikan, ayam, sotong dan lain-lain kat pasar ni sebab fresh (kata peniagalah...) dah murah berbanding di pasar basah presint 8 dan tempat-tempat lain. Al-maklum jelah, barang basah di pasar basah kat Putrajaya ni mahal sikit dari biasa.
Ok, berbalik kepada makanan di Pasar Malam Presint 2 ni, ada beberapa makanan yang best dan always kena beratur nak beli ialah Apam Balik Warisan, Kaya Ball, Chicken Chop (yang ni lain daripada lain) dan Char Kuew Teow.
Sorry, tak sempat nak ambil gambar makanan yang aku cakap tu, cuma sempat apam balik jer. Ini pun aku main snap2 mana yang sempat..
Aku dan wife aku cuma beli ayam goreng ala-ala KFC, apam balik, mee goreng dan nasi goreng kampung jer untuk makan malam. Cukuplah tu untuk aku anak beranak.
Kalau tengok gambar apam balik kat atas tu, time tu memang kena masak je sentiasa tak henti2 sebab tak sempat letak orang ramai dah order..
So, kalau u all's datang ke Putrajaya pada hari Selasa atau Jumaat tu, singah-singgahlah ke Pasar Malam Presint 2 yer.. Parking memang disediakan siap ada polis trafik dengan abang penguatkuasa Perbadanan Putrajaya lagi, so takde masalah.
Ok, see next time!
Welcome Kawan-Kawan! Give Me Your Support!!
Assalamualaikum semua!
Sebenarnya sebelum ini saya sudah pun mempunyai beberapa blog, namun kesemuanya menggunakan wordpress dan lebih kepada bisnes dan tujuan komersil. (komersil sangat lah konon.. :-p).
Jadi, ini adalah blogspot peribadi pertama saya untuk berkongsi pelbagai isu, kisah-kisah dalam dan luar negara mahupun isu-isu lain (gosip-gosip pun boleh jugak.. wakakaka..) dengan korang semua..
Saya akan cuba menulis dengan lebih santai, relek dan sempoi (seboleh-bolehnya lah..) so, u all's berikan sokongan kepada blog saya ni ek! Opss tak lupa juga mohon tunjuk ajar dari korang semua!
Oh.. kalau korang nak tau, saya dapat template ni dari website http://www.bloggertemplatesfree.com/, memang best sebab banyak template yang cun melecun, gempak habis! (kalau korang pandai carilah.. huhuhu ;p)
Thanks juga kepada blogger2 lain kat luar sana yang telah membantu saya untuk menyiapkan blog ini walaupun tidak secara langsung... sebabnya saya dapati tip2 daripada diorang melalui blog2 diorang juga..
Thanks again and don't forget to support my blog!