RSS

Soalan UPSR Bocor | Dimana Integriti?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu ini kecoh berkenaan Soalan Peperiksaan UPSR yang bocor iaitu bagi subjek Bahasa Inggeris dan juga Sains. Semua akhbar dan televisyen menceritakan perkara yang sama. Berikut adalah kenyataan daripada pihak KPM dan keratan akhbar Berita Harian.



Persoalan yang timbul ialah, bagaiamana soalan tersebut boleh bocor?

Melihat perkara ini, boleh dikatakan isu ini pasti akan timbul hampir setian tahun sejak akhir-akhir ini walaupun adakalanya berita tersebut adalah palsu.

Bagi aku, pihak yang terlibat menguruskan isu ini perlu mengambil perhatian yang serius terutamanya pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam menggubal kertas soalan peperiksaan tidak kiralah UPSR, PMR ataupun SPM.

Integriti dalam melaksanakan tugas dalam melaksanakan amanah perlu dipupuk dalam diri setiap pegawai dan kakitangan. Perlu faham konsep AMANAH dan INTEGRITI itu sendiri. Fikirkan sumber pendapatan yang diperolehi jika tugas yang dilakukan tidak telus dan mengabaikan amanah yang diberikan.

p/s : Rasuah mungkin timbul dalam isu ini dan perkara ini berlaku untuk melindungi kepentingan tertentu. Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...