RSS

Dapat CPUV + CPC Dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Wah... bersarang dah rupanya blog aku ni. Dah lama sangat tak update! Jika di kira dah 1 tahun 8 bulan kot! Lama tu...

Apasal tetiba hari ni aku nak update blog nih? Sebenarnya aku nak cerita pasal CPUV yang aku dapat dari Nuffnang. Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal sejarah blog ni.

Blog ni diwujudkan pada 07 Mei 2012. Last aku post artikel pada 22 Januari 2013. Sehingga tarikh terakhir post tersebut, baru ada 8 artikel je (pemalas sungguh kan). Dalam tempoh tersebut, aku hanya dapat CPC 2 kali je dari Nuffnang nih. So, aku dah mula bosan dengan En. N ni, jadi aku pun malas nak update blog ni.

Tapi semalam bila aku buka akaun Nuffnang, terkejut sebab dapat CPUV! Aku hairan sebab blog aku ni lama giler tak update, alih-alih dapat pulak CPUV. Lagi bertambah hairan bagi aku sebab 'pelawat unik' ke blog ni sebulan cuma sekitar 170++ jer. Ye, sebulan bukan sehari.

Biasanya, blogger-blogger pesan, jika nak dapat CPUV, unic visitors mestilah at least 100-200 sehari, tetapi sebaliknya berlaku pada aku! Walaupun CPUV yang aku dapat ni berapa sen lah sangat tapi ini menunjukkan pihak syarikat ada kalanya tidak memandang pada 'unic visitors'! Gambar-gambar yang aku tunjuk ini merupakan Earning dari blog ini ye.


Walaubagaimanapun, memang tidak dinafikan bahawa lagi banyak 'unic visitors' yang datang ke blog kita, akan meningkatkan nilai CPUV itu sendiri.

Oh! Lupa pula nak cakap, ini merupakan blog aku yang kedua. Blog pertama aku, telah pun memberikan Earnings dari Nuffnang dan telah pun aku cashout. So, sedikit sebanyak aku tahu juga selok belok nak dapat Earnings tinggi dari Nuffnang nih.

Apa pun, walaupun sedikit nilainya, aku ucapkan terima kasih Nuffnang! Bertambah semangat untuk aku update blog ini selepas ni.. ;-D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...