RSS

Menarik di Putrajaya | Pasar Malam Presint 2

Assalamualaikum u alls...

Semalam sesampai aku di rumah dari tempat kerja, my wife ajak aku 'shopping' kat Pasar Malam Presint 2. Aku pun setuju jer lah sebab dah lama juga kami tak ke pasar malam. :-D

Kalau u all's nak tau, pasar malam kat Putrajaya ni cuma di Presint 2 jer (setahu akulah sejak 2 tahun lebih aku menetap kat sini). Dua (2) kali seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat.

Apa yang best di Pasar Malam Presint 2, Putrajaya nih??



 

Sebenarnya takde beza pun dengan pasar malam di tempat-tempat lain, cuma kat sini lebih tertumpu kepada makanan dan barang basah. Pakaian, lain-lain barang tu ada juga tapi tak lah banyak.

Kalau u all's nak tau, penduduk di Putrajaya ni suka beli barang basah macam ikan, ayam, sotong dan lain-lain kat pasar ni sebab fresh (kata peniagalah...) dah murah berbanding di pasar basah presint 8 dan tempat-tempat lain. Al-maklum jelah, barang basah di pasar basah kat Putrajaya ni mahal sikit dari biasa.

Ok, berbalik kepada makanan di Pasar Malam Presint 2 ni, ada beberapa makanan yang best dan always kena beratur nak beli ialah Apam Balik Warisan, Kaya Ball, Chicken Chop (yang ni lain daripada lain) dan Char Kuew Teow.

Sorry, tak sempat nak ambil gambar makanan yang aku cakap tu, cuma sempat apam balik jer. Ini pun aku main snap2 mana yang sempat..

Aku dan wife aku cuma beli ayam goreng ala-ala KFC, apam balik, mee goreng dan nasi goreng kampung jer untuk makan malam. Cukuplah tu untuk aku anak beranak.


Kalau tengok gambar apam balik kat atas tu, time tu memang kena masak je sentiasa tak henti2 sebab tak sempat letak orang ramai dah order..

So, kalau u all's datang ke Putrajaya pada hari Selasa atau Jumaat tu, singah-singgahlah ke Pasar Malam Presint 2 yer.. Parking memang disediakan siap ada polis trafik dengan abang penguatkuasa Perbadanan Putrajaya lagi, so takde masalah.

Ok, see next time!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 comments:

aReLaN said...

tak tau lak ada pasar malam.presint 2?bukan ke tu area pejabat kerajaan ke?dia buat kat tempat yang selalu ada ekspo pe sume tu ek?

FazMas said...

Ada bro.. memang di area expo tu lah.. situ je tempat yang lapang dan "center" di Putrajaya.. :-D

Anonymous said...

haha dkt putrajaya mmg ada pasar malam..dah lame dah pasar malam tu wujud..dh bertahun-tahun dah :) ..btw selain mknn yang awak cakapkan tu..ada lgi tmpt yg kena beratur mcm gerai laksa :)

FazMas said...

Yer ke bro? Mesti laksa tu power... Jarang2 pergi pasar... Lepas ni boleh cari laksa plak... :-D

Muttallif said...

Dah lama tak pergi ke pasar malam di semenanjung. Berbanding dengan sarawak, semenanjung lebih banyak pilihan dan pelbagai.

FazMas said...

Yer ke... Jauh bro merantau yer...

[z@ck] said...

kalau pergi pasar malam, harus beli ayam goreng ala ala KFC tu.bau nya sangat tempting.tak tahan!

Mr.PiNGu said...

jln2 cari makan mmg terbaiklah

FazMas said...

betul tu! Tapi pedas ya amat... Sedap memang sedap tapi pedasnyer mau sampai ke telinga.. Huhuhu..

FazMas said...

mmg terbaik bro... !

phreak-id said...

Ada Polis jaga parking yang best tu. Anyway, sebesar-besar putrajaya, ada 1 je pasar malam?


Terbaru >Susulan Video Ibu Pukul Bayi - Pengakuan Kak Noor Yang Merakam >Excite Your Senses with LG Cinema 3D Smart TV >Video Asal Perempuan Pukul dan Dera Bayi

FazMas said...

yer... Setakat ni satu je lah.. Tp pasarnya besarlah jugak.. Dan di tengah2 kompleks kerajaan..

So, orang gomen balik keje terus singgah pasar malam.. Tu yang petang2 pun dah beratur panjang...

mie said...

untung besar berniaga sana ek..
ehehehee

FazMas said...

bolej tahan gak la.. Sebab kebetulan time pergi pasar tu, terserempaklah dgn beberapa orang yang bertanyakan pada petugas pasar kat situ tanya macam mana nak buka tapak..
(huhuhu.. Tajam betul telinga aku ni... Sampai boleh dengar.. Tp ini betul2 serius aku dengar...)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...